KRS

KRS
Minggu, 06 Mei 2012

Tarbiyah Asas Pembentukan

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Imam Hasan Al-Banna mengajak kita untuk menolehkan pandangan pada tarbiyah, beliau menegaskan akan pentingnya keteguhan setiap individu terhadap tarbiyah dan mujahadah’ (kesungguhan) sehingga menjadi tiang yang kukuh dan generasi yang sempurna.
Beliau berkata :
“Bahwa ma’rakah’ (perjuangan) kita paling utama adalah tarbiyah” yang disuburkan di tengah-tengah umat akan kefahaman bahawa apapun bentuk dakwah yang tidak di asaskan kepada kerja tarbiyah pada hakikatnya adalah ibarat fatamorgana yang menipu.”
Imam Hasan Al-Banna memahami bahawa pembangunan generasi merupakan suatu kemestian dalam usaha
untuk melakukan pengislahan dan di antara keistimewaan dakwah Al-Ikhwan berbanding dakwah-dakwah yang lain adalah kerana Al-Ikhwan berjalan dengan tarbiyah yang mampu mengukuhkan kewujudan dan pewarisan (tawrits) dakwah dan perkara tersebut merupakan bentuk yang menakjubkan dalam jamaah ini seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Adwi sebagai “Jamaah Tarbawiyah”.

Tarbiyah menurut Al-Ikhwan adalah satu-satunya jalan untuk :
1.      Membangun generasi yang soleh dan bertaqwa.
2.      Mewujudkan peribadi muslim yang jujur.
3.      Membentuk dan memiliki jiwa pejuang.

Al-Ikhwan memahami bahawa tarbiyah :
a.       Memerlukan jalan yang panjang dan berat.
b.      Memiliki banyak rintangan dan hambatan.

sehingga tidak ada yang mampu bersabar melaksanakannya kecuali hanya sedikit sahaja.
Namun hanya ini merupakan satu-satunya jalan menuju satu tujuan dan tidak ada alternatif lainnya sehingga dengan itu pula Al-Ikhwan menamakan gerakan ini dengan sebutan :
“Madrasah pembinaan dan pembentukan yang diasaskan di atas manhaj yang komprehensif dan agung”.
Ia adalah :
1.      Madrasah yang menjadikan agama sebagai sumber kehidupan.
2.      Madrasah yang mampu mentarbiyah potensi individu.
3.      Madrasah yang melakukan perjanjian dengan individu yang ditarbiyah.
4.      Madrasah yang membentuknya memiliki sifat-sifat amilin yang soleh dan sempurna samada dari sudut kefahaman mahupun keyakinan, akhlak dan perilaku sehingga menghadirkan contoh yang agung sepanjang sejarah dan perjalanannya.
Sesungguhnya ia menjadi sebaik-baik madrasah.
Jika sekiranya tidak ada tarbiyah, maka Al-Ikhwan tidak akan mampu menghadapi zionis dan mengalahkannya ketika berlakunya peperangan di bumi Palestin menghadapi pasukan Inggeris di terusan Suez.

Begitu pula dengan tarbiyah yang mantaplah yang menjadikan mereka teguh dalam menghadapi berbagai ujian, cubaan, penjara, siksaan dan celaan yang mendera mereka.
Imam Hasan Al-Banna merupakan pengasas madrasah ini di saat berlakunya perubahan pada sisi Islam yang mulia dari sekadar pandangan-pandangan yang bersifat teori yang terdapat dalam buku-buku kepada alam realiti yang dapat dirasakan dan disentuh melalui tarbiyah dan takwin.
Beliau menegaskan akan peri pentingnya memantau barisan dan membersihkannya dari kelemahan di mana beliau berkata :
“Jika di antara kamu ada kelompok yang sakit hatinya, menyembunyikan tujuan terselubung, ketamakan yang ditutupi dan kecewa pada masa lalu, maka keluarkanlah semuanya dari jiwa kamu kerana yang demikian itu akan menjadi pembatas masuknya rahmat, penutup masuknya cahaya dan taufik ke dalam hati”.

CIRI-CIRI DAN KEISTIMEWAAN TARBIYAH


Imam Hasan Al Banna berkata tentang tarbiyah :
“Bahawa dakwah Al-Ikhwan memiliki keistimewaan khusus dengan ciri-ciri yang berbeza dari  dakwah-dakwah yang lain; samada yang semasa dengannya atau pada masa lainnya dan di antara ciri-cirinya adalah perhatiannya terhadap pembentukan dan memiliki tahapan dalam setiap langkah-langkahnya”.

Pembentukan dan tarbiyah yang kukuh menurut Al-Ikhwan memiliki ciri-ciri dan keistimewaan khusus yang tidak boleh diingkari oleh para murabbi, iaitu di antaranya:
1. At-Tarbiyah Ar-Rabbaniyah (Tarbiyah Rabbaniyah) bahwa kita memiliki dakwah rabbaniyah yang setia kepadanya dan di antara ciri-ciri khas dakwah rabbaniyah ini adalah :

a. Al-Masdar Ar-Rabbani (Sumber Yang Rabbani) dengan erti bahwa dakwah ini menerima segala perintahnya dari Allah, berjalan sesuai dengan kehendak Allah dan sesuai dengan apa yang telah diwajibkanNya ke atas kita.

b. Al-Ittijah Ar-Rabbani (Arah Yang Rabbani) dengan erti bahwa kami hanya berharap segala usaha dan kerja kami hanya kerana Allah dan mencari redhaNya dan dari sini, kami semua bebas dari berbagai tuduhan (seperti tujuan menghalalkan segala cara); kerana kami berusaha menjadikan arah Rabbani sebagai manhaj kami.

c. Al-Wasilah Ar-Rabbaniyah (Wasilah Yang Rabbani) iaitu bahawa kami tidak berjalan dalam melakukan perubahan menggunakan wasilah lain yang ditolak oleh syariat sehingga mampu mewujudkan tujuan yang rabbani.

2. At-Tarbiyah As-Syumuliyah (Tarbiyah Yang Menyeluruh) iaitu tarbiyah yang mencakupi berbagai potensi jiwa manusia (akal, perasaan dan perilaku), sehingga memberikan pembentukan pada segala potensi tersebut haknya dalam melakukan perubahan dan sempurna dalam melakukan proses perubahan tarbiyah. Jika tidak, maka perubahan yang kita lakukan merupakan perubahan yang sia-sia dan hampa dan hanya menghasilkan individu yang hampa pula.

3. At-Tarbiyah Al-Wasatiyah (Tarbiyah Yang Bersifat Pertengahan) iaitu tidak ada ‘ifrat’ (pengurangan) dan ‘tafrith’ (berlebihan) di dalamnya, tidak cenderung pada satu sisi terhadap kepentingan sisi tertentu, tidak berlebihan pada satu perkara dan tidak mengindahkan perkara lainnya, namun menggunakan segala perkara dengan seimbang, adil dan jalan pertengahan.

4. At-Tarbiyah Al-Insaniyah (Tarbiyah Yang Manusiawi) iaitu terbiyah yang membuka interaksi dengan jiwa manusia bukan benda mati; yang dalam perjalanannya menggunakan sunnah Ilahiyah dalam berinteraksi dengan jiwa manusia dan menyedari bahawa setiap jiwa memiliki prinsip-prinsip, sendi-sendi, ciri-ciri, perasaan dan sentuhan yang mesti sentiasa diperhatikan.

5. At-Tarbiyah Al-Manhajiyah (Tarbiyah Yang Bertahap) iaitu tarbiyah yang sentiasa bertahap dalam langkah-langkah dan fasa pembentukannya sesuai dengan prinsip bertahap dan sesuai dengan konsep yang tersusun rapi, tergambar dan jelas ciri-cirinya, tidak terburu-buru, tidak mendahului realiti dan tidak melampaui tingkatan tangga tarbiyah yang diidam-idamkan kerana barangsiapa yang tergesa-gesa sebelum tiba waktunya maka akan mengalami penyesalan.

6. At-Tarbiyah Al-Mustamirrah (Tarbiyah Yang Berkesinambungan) iaitu tarbiyah yang dimulai dari semenjak kelahiran hakiki jiwa manusia; dengan konsep komitmen terhadap dakwah dan tarbiyah, bahkan mungkin dimulai pada umur baligh, kemudian diteruskan sesuai dengan perjalanan hidupnya secara sistemik hingga akhir hayatnya; iaitu kerja tarbiyah yang tidak pernah berhenti. “Dan Beribadahlah kepada Tuhanmu hingga datang kematian” (QS Al-Hijr : 99), kerana itu seseorang tidak boleh mendakwa bahawa dirinya memiliki tingkat paling atas (senioriti) dalam kerja tarbiyah walauapapun posisinya.

7. At-Tarbiyah Al-Ijabiyah (Tarbiyah Yang Positif) iaitu dakwah menuju cita-cita yang waqi’ie dan keberkesanan dalam kerja, terfokus pada pembahasan tentang jiwa yang positif yang dimulai dari dalam diri, terfokus padanya dan berusaha meningkatkan potensi yang ada di dalamnya, menggelorakan jiwa yang positif dan konstruktif, efektif dan produktif serta menyebarkan jiwa optimis dalam diri.

8. At-Tarbiyah Al-Waqi’iyah (Tarbiyah Yang Realistik) iaitu tarbiyah yang dimulai dari jiwa seadanya, berkomunikasi sesuai dengan keadaan dan realiti yang melingkunginya.

9. At-Tarbiyah Al-Murunah (Tarbiyah Yang Anjal) iaitu tarbiyah yang seiring dengan keadaan amal dakwah iaitu menyangkut individu dan masyarakat yang melingkunginya.

10. At-Tarbiyah Al-Harakiyah (Tarbiyah Yang Sentiasa Dinamik Dalam Bergerak) iaitu tarbiyah yang dibangun di atas asas pembinaan medan yang realistik, bukan sekadar ideologi atau teori semata-mata.

11. At-Tarbiyah Ad-Daqiqah Wal Amiqah (Tarbiyah Yang Kukuh dan Mendalam) iaitu tarbiyah yang bukan hanya nampak pada permukaan semata-mata, namun meresap ke dalam lubuk hati manusia dalam berbagai ajaran, wasilah dan bentuk-bentuknya.

KANDUNGAN TARBIYAH
Al-Ikhwan telah memberikan batasan tentang konsep tarbiyah dan takwin sebagai berikut :
1. Cara yang bersinergi dalam berinteraksi dengan fitrah manusia dalam bentuk arahan langsung; samada dengan kata-kata atau qudwah (keteladanan), sesuai dengan manhaj dan wasilah khusus bagi melakukan perubahan ke atas manusia untuk menjadi lebih baik.

2. Susunan pengalaman tarbiyah yang digerakkan oleh jamaah terhadap individu dengan tujuan untuk membantu mereka melakukan pertumbuhan yang komprehensif, bersepadu dan seimbang dalam berbagai sisinya (iman dan akhlak, sosial dan politik, akal dan jiwa, ilmu pengetahuan dan seni, jasad dan ruh); dengan pertumbuhan yang mengarah kepada pengislahan perilaku dan bekerja untuk mewujudkan insan soleh yang diidam-idamkan.

3. Merubah manusia dari satu keadaan ke keadaan yang lain, (dalam pandangan dan ideologi, perasaan dan sentuhan rasa, tujuan dan wasilahnya), pembentukan yang menembusi ruh, alam nyata dan rasa, bukan hanya dalam bentuk nyata semata-mata, yang direfleksikan dalam perjuangan dan kesungguhan yang menyatu pada individu atau peribadi yang ditarbiyah.
Maka dari orang yang teguh dengan tarbiyah, mampu melintasi jalan panjang yang menyebar serta menyentuh setiap individu, keluarga dan masyarakat sesuai dengan sistem dan bangunan Islam yang lengkap; dengan memperhatikan tahap-tahap perubahan yang diidam-idamkan; “pengetahuan, perasaan dan perilaku” atau “jiwa, hati dan raga”, sebagai manhaj untuk melakukan pembentukan yang dimulai oleh individu.

TARBIYAH BEKALAN UTAMA DALAM DAKWAH
Mana mungkin kita akan berterusan dalam dakwah kecuali jika kita cukup bekalan tarbawi kerana orang yang tidak cukup bekalan tidak akan dapat memberi tarbiah kepada orang lain.
Tarbiyah sepatutnya menjadi syiar kita dalam dakwah malah ia seharusnya menjadi keutamaan kita. Syiar inilah yang akan berada di hadapan kita dan yang semestinya dijadikan sebagai realiti di medan.
Kita pindahkan segala teori kepada praktikal serta pelaksanaan yang mendalam.
Di antara ciri-ciri tarbiah adalah :
  1. Menghimpunkan.
  2. Menyusun.
Intima’ kita bukan sekadar intima’ fikrah semata-mata atau emosi sahaja atau haraki semata-mata malah intima’ kita dengan dakwah ini terbahagi kepada tiga rukun :
  1. Intima’ fikri pada akal.
  2. Intima’ hati di jiwa.
  3. Intima’ haraki pada anggota tubuh badan.
Maka tarbiah yang sebenar yang fahami oleh Al-Ikhwan adalah secara tanzimi (tersusun) dan tajmi’ (menghimpunkan).
Ya Allah kekalkanlah diri kami di atas jalan tarbiyah ini yang akan memantapkan penggabungan kami terhadap harakah yang berkat ini meliputi pemikiran, hati dan pergerakan kami.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

0 comments:

Poskan Komentar

thanks you